Wednesday, December 11, 2019

BBM3410Satu2019: Video 15 Third Layer (Saya Tahu)




https://www.youtube.com/watch?v=UOvA1Z_6V-g

           Pada video yang terakhir ini, aku memegang watak sebagai seorang penyanyi. Lagu yang dinyayikan adalah lagu "Saya Tahu" yang ditulis oleh Prof Dr Normaliza, Ciptaan Universiti Putra Malaysia. Kalian nak tahu apa lakonan kumpulan Langgar Production, jangan segan dan malu untuk tekan link kat di atas. Ini adalah pertama kali aku melakonkan watak sebagai seorang penyanyi. Walaupun pada awalnya, aku janggal.. namun apakah daya aku untuk mengatakan 'tidak'. Tempat pertama dilakukan di salah seorang rumah ahli kumpulan bertempat di Kajang. Manakala lokasi penggambaran kedua adalah di IOI City Mall. 

BBM3410Satu2019: Vlog Makanan Partner (NURUL AFIKAH & AISYAH AZMAN)







BBM3410Satu2019: Video 12 VLOG Temu Bual Pensyarah dan Pelajar







BBM3410Satu2019: Video 13 Serbuk Pencuci Baju





BBM3410Satu2019: Kalendar 2020 Dah Siap


Assalamualaikum pengunjung bloggerku... 

            Ini merupakan tugasan terakhir aku bagi subjek Multimedia dalam Bahasa iaitu menghasilkan kalendar 2020 menggunakan aplikasi Adobe PhotoShop. Sepanjang aku menghasilkan kalendar ini, pelbagai cabaran yang aku alami antaranya, bila gambar dah crop lupa nak save yang akhirnya aku terpaksa edit semula gambar yang telah di crop, mencipta kata-kata hikmat dan banyak la dugaan lain yang aku alami sepanjang menyiapkan kalendar 2020. Kata kakakku, biasalah la belajar kan, tiada yang mudah andainya kita berusaha. Kalendar 2020 akan aku hadiahkan kepada ahli keluarga yang tercinta sebagai kenang-kenangan bagi subjek Multimedia dalam Bahasa.  



Cover Page Kalendar 2020



Januari 2020



Februari 2020



Mac 2020



April 2020



Mei 2020



Jun 2020



Julai 2020



Ogos 2020



September 2020



Oktober 2020



November 2020



Disember 2020



BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat


Assalamualaikum buat rakan-rakan BLM sekalian. Pejam celik pejam celik dah sampai penghujung semester. Minggu pertama bermulalah pemilihan ahli kumpulan bagi subjek Multimedia dalam Bahasa. Pada awalnya, aku sungguh tidak menyangka yang aku akan satu kumpulan yang majoritinya kaum Adam daripada kaum Hawa. Setiap ahli kumpulan terdiri daripada 11 orang ahli. Al kisahnya bermulalah suka duka seramai 11 orang ahli di bawah nama  “Langgar Production”.


Pertama, aku ingin mengucapkan Terima Kasih kepada Prof Dr Normaliza kerana telah mengajar aku ada apa dengan ‘Multimedia dalam Bahasa’. Prof nak tahu tak, sebelum saya mengambil subjek Multimedia ini, saya sejujurnya tidak mahir akan aplikasi dalam Media Sosial melainkan hanya whatsapp dan media sosial yang lain saya kurang aktif termasuklah Instagram dan Facebook, ini tidak terkira dengan Twitter dan media sosial yang lain. Setelah saya mengambil subjek Multimedia dalam Bahasa ini, banyak ilmu yang saya pelajari daripada Prof dan En Akmal. Saya memohon keredhaan dan keberkataan di atas segala ilmu yang telah dicurahkan sepanjang satu semester ini. Prof doakan saya dan rakan BLM yang lain berjaya dan dapat A semua ye Prof.


Alhamdulillah, sepanjang 14 minggu aku dan rakan-rakan yang lain berjaya menyelesaikan segala tugasan yang telah diberikan. Penat dan lelah tu memang tak yah cakap laa.. Minggu berganti minggu kami satu kumpulan dibekalkan dengan pelbagai tugasan untuk membuat penggambaran  sama ada dalam kampus mahu pun luar kampus. Terlalu banyak tugasan yang diberikan, namun kami dapat menyelesaikan segala tugasan yang diberikan dengan baik. Buat ahli kumpulan Langgar Production, terima kasih atas semua sumbangan kalian sepanjang perkenalan kita walaupun sekejap. Semoga ukhwah yang terbina kekal terjalin. Hehee. Sayang kalian semua. 

                                   



Thursday, December 05, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh! Media Sosial



Buku Eh!!! Media Sosial merangkumi 8 subtopik. Bab pertama menceritakan tentang gambaran keseluruhan media sosial. Menerusi bab ini juga media sosial dilihat sebagai sebuah medium yang bermanfaat untuk berkongsi sumber dalam kelas, berita dan kerja selain menggalakkan penglibatan para pelajar. Bab 2 membicarakan tentang Twitter dan Trend Terkini. Melalui bab ini, pengguna aplikasi Twitter membantu dalam proses pembelajaran kerana pengajar akan mengubah cara pengajaran dan membuat sesi pengajaran yang lebih baik.

Bab 3 iaitu berkaitan dengan Facebook. Facebook dapat memudahkan pembangunan satu komuniti dalam talian pelajar-pelajar bahasa Inggeris di mana para pelajar boleh berlatih kemahiran bahasa melalui perbincangan video dan berbual dengan penutur asli Inggeris. Bab 4 pula bertajuk Instagram. Instagram membantu pengguna mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu digunakan ketika merakam video atau gambar.

Bab 5 menceritakan tentang Emel. Emel menyebabkan interaksi pelajar dengan menumpukan kepada aktiviti bukan berkaitan dengan tugas. Keselarian yang kerap membolehkan penyampaian idea baharu dalam menjana idea pada peringkat awal. Bab 6 membicarakan tentang Blog. Dalam bab ini telah dinyatakan langkah-langkah untuk membuat Blog di dalam BlogSpot.

Bab 7 pula menyatakan Isu yang timbul dalam rangkaian sosial. Kajian ini melibatkan pengguna rangkaian sosial dalam menggunakan penulisan yang bersesuaian dengan kefahaman pengguna lain. Melalui kajian ini, dapat memberi kesedaran kepada pelajar sekolah ketika menggunakan media sosial. Bab 8 pula menceritakan tentang Implikasi Pedagogi. Media sosial berperanan penting dalam mempengaruhi pembelajaran bahasa kerana ia menyediakan pelajar untuk terlibat secara aktif, menghasilkan perbualan yang relevan selain berlatih menggunakan bahasa sasaran.

Implikasi yang Diperoleh 👇👇👇
Penggunaan media sosial dan rangkaian sosial dapat membantu para pelajar dalam proses pembelanjaran bahasa secara lebih terperinci. Selain itu, media sosial juga membolehkan pelajar untuk berinteraksi antara satu sama lain secara alam maya selain membantu memudahkan segala tugasan-tugasan secara berkumpulan. Selain itu, media sosial juga berperanan dalam mempengaruhi pembelajaran bahasa kerana dengan media sosial membantu pelajar untuk terlibat secara aktif, menghasilkan perbualan yang relevan serta berlatih menggunakan bahasa sasaran. Pengaplikasian media sosial mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Hal ini bergantung kepada individu itu sendiri sama ada menggunakan media sosial ke arah kebaikan mahu pun sebaliknya.

Harga: RM60

Penulis Buku: Normaliza Abd. Rahim dan Noraien Mansor (2017). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.

#BBM3410Satu2019
#ProfDrN2019Satu
#Minggu12KelasAmali
#Disember2019
#Taktaureaksimukaredhakokenapaksa

Thursday, November 28, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)



Buku “Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi membincangkan teori dan pengaplikasiannya dalam bentuk penyelidikan yang terdiri daripada tujuh bab. Bab pertama adalah Kajian Wacana. Terdapat beberapa takrifan wacana daripada pelbagai sumber yang telah dikemukakan oleh beberapa orang tokoh dalam penyelidikan kajian wacana. Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa wacana boleh terdiri daripada bentuk teks, tulisan, interaksi, dan ujaran. Setiap wacana perlu diberi penekanan sebelum dianalisis secara lebih terperinci. Selain itu, seseorang akan mudah memahami tujuan wacana apabila ia melihat wacana sebagai suatu perkara yang mudah.

Bagi bab 2 pula membincangkan tentang Teori dan Pendekatan Wacana. Dalam bab ini menyatakan setiap teori dan pendekatan dalam analisis wacana dihuraikan dengan lebih mendalam agar data yang diperoleh adalah tepat. Dengan itu, pemilihan teori dan pendekatan yang bersesuaian adalah penting agar setiap analisis data yang dilakukan dapat difahami dengan jelas.

Selain itu, bagi bab 3 memberi fokus kepada Analisis Wacana Tekstual dan Ujaran. Melalui bab ini kajian analisis wacana terdiri daripada tiga kajian. Antaranya kajian wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstua cerita sosial dan pertuturan atau dikenali ujaran terhadap kanak-kanak autisme. Kanak-kanak autsme merupakan kanak-kanak yang mempunyai gangguan perkembangan saraf yang mengakibatkan kesukaran untuk berkomunikasi, menjalani interaksi sosial dan mempunyai masalah tingkah laku.

Seterusnya bagi bab 4 iaitu Strategi Komunikasi. Bab ini menerangkan bahawa untuk mengutarakan dan memecahkan kod dalam bahasa sasaran, keadaan semasa peraturan sistematik bahasa sasaran belum dibentuk (Tarone, 1980: 420). Sebaliknya, Selinker (1972) menjelaskan strategi komunikasi adalah salah satu pendekatan yang diaplikasikan dalam komunikasi antara satu sama lain.

Manakala bab 5 pula iaitu Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi. Melalui bab ini Normaliza Abd. Rahim (2018e) telah menyenaraikan enam belas pendekatan strategi komunikasi yang akan digunakan bagi proses analisis data secara lebih terperinci. Enam belas strategi komunikasi yang dinyatakan oleh beliau meliputi singkatan, perkataan baharu yang tiada makna, percanggahan, persoalan, pengulangan, perujukan, pembentulan kendiri, pengabaian, celahan, penangguhan, terjemahan literal, pertukaran bahasa, imaginasi, kesopanan, parafrasa dan memohon pertolongan.

Di samping itu, bagi bab 6 iaitu Analisis Strategi Komunikasi dalam Kalangan Kanak-Kanak memberi kesan kepada masyarakat, guru, ibu bapa dan pelajar sekolah. Secara keseluruhannya, masyarakat mendapat manfaat apabila memulakan komunikasi yang baik dan berkesan dalam perbualan mahupun perbincangan. Akhir sekali, bab 7 pula telah menyatakan beberapa cadangan untuk dilakukan pada kajian yang akan datang. Tegasnya, kajian analisis wacana dan strategi komunikasi dapat memberi kesan kepada pemahaman.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Terengganu Malaysia.
Normaliza Abd Rahim. (2018e). Communication Strategy Taxonomy: A New Perspective. IUKL Research Journal, 7 (1): 11 – 16.
Selinker, L. (1972). Interlanguage. Product Information. International Review of Applied Linguistic in Language Teaching, 10: 209-241.
Tarone, E. (1980). Communication Strategic, Foreigner Talks, and Repair in Interlanguage. Language Learning, 30: 417-431.

Harga Buku: RM20

#ProfDrN2019Satu
#BBM2019Satu2019
#Minggu11KelasAmali
#Kajianwacanadalamstrategikomunikasi