Buku
“Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi membincangkan teori
dan pengaplikasiannya dalam bentuk penyelidikan yang terdiri daripada tujuh
bab. Bab pertama adalah Kajian Wacana. Terdapat beberapa takrifan wacana
daripada pelbagai sumber yang telah dikemukakan oleh beberapa orang tokoh dalam
penyelidikan kajian wacana. Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa wacana boleh
terdiri daripada bentuk teks, tulisan, interaksi, dan ujaran. Setiap wacana
perlu diberi penekanan sebelum dianalisis secara lebih terperinci. Selain itu,
seseorang akan mudah memahami tujuan wacana apabila ia melihat wacana sebagai
suatu perkara yang mudah.
Bagi
bab 2 pula membincangkan tentang Teori dan Pendekatan Wacana. Dalam bab ini
menyatakan setiap teori dan pendekatan dalam analisis wacana dihuraikan dengan
lebih mendalam agar data yang diperoleh adalah tepat. Dengan itu, pemilihan
teori dan pendekatan yang bersesuaian adalah penting agar setiap analisis data
yang dilakukan dapat difahami dengan jelas.
Selain
itu, bagi bab 3 memberi fokus kepada Analisis Wacana Tekstual dan Ujaran.
Melalui bab ini kajian analisis wacana terdiri daripada tiga kajian. Antaranya
kajian wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstua cerita sosial dan pertuturan
atau dikenali ujaran terhadap kanak-kanak autisme. Kanak-kanak autsme merupakan
kanak-kanak yang mempunyai gangguan perkembangan saraf yang mengakibatkan kesukaran
untuk berkomunikasi, menjalani interaksi sosial dan mempunyai masalah tingkah
laku.
Seterusnya
bagi bab 4 iaitu Strategi Komunikasi. Bab ini menerangkan bahawa untuk
mengutarakan dan memecahkan kod dalam bahasa sasaran, keadaan semasa peraturan
sistematik bahasa sasaran belum dibentuk (Tarone, 1980: 420). Sebaliknya,
Selinker (1972) menjelaskan strategi komunikasi adalah salah satu pendekatan
yang diaplikasikan dalam komunikasi antara satu sama lain.
Manakala
bab 5 pula iaitu Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi. Melalui bab ini Normaliza
Abd. Rahim (2018e) telah menyenaraikan enam belas pendekatan strategi
komunikasi yang akan digunakan bagi proses analisis data secara lebih
terperinci. Enam belas strategi komunikasi yang dinyatakan oleh beliau meliputi
singkatan, perkataan baharu yang tiada makna, percanggahan, persoalan,
pengulangan, perujukan, pembentulan kendiri, pengabaian, celahan, penangguhan,
terjemahan literal, pertukaran bahasa, imaginasi, kesopanan, parafrasa dan
memohon pertolongan.
Di
samping itu, bagi bab 6 iaitu Analisis Strategi Komunikasi dalam Kalangan
Kanak-Kanak memberi kesan kepada masyarakat, guru, ibu bapa dan pelajar
sekolah. Secara keseluruhannya, masyarakat mendapat manfaat apabila memulakan
komunikasi yang baik dan berkesan dalam perbualan mahupun perbincangan. Akhir
sekali, bab 7 pula telah menyatakan beberapa cadangan untuk dilakukan pada
kajian yang akan datang. Tegasnya, kajian analisis wacana dan strategi
komunikasi dapat memberi kesan kepada pemahaman.
Rujukan:
Normaliza
Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan
Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Terengganu
Malaysia.
Normaliza
Abd Rahim. (2018e). Communication Strategy Taxonomy: A New Perspective. IUKL Research Journal, 7 (1): 11 – 16.
Selinker,
L. (1972). Interlanguage. Product Information. International Review of Applied Linguistic in Language Teaching, 10:
209-241.
Tarone,
E. (1980). Communication Strategic, Foreigner Talks, and Repair in
Interlanguage. Language Learning, 30:
417-431.
Harga
Buku: RM20
#ProfDrN2019Satu
#BBM2019Satu2019
#Minggu11KelasAmali
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.