Thursday, December 05, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh! Media Sosial



Buku Eh!!! Media Sosial merangkumi 8 subtopik. Bab pertama menceritakan tentang gambaran keseluruhan media sosial. Menerusi bab ini juga media sosial dilihat sebagai sebuah medium yang bermanfaat untuk berkongsi sumber dalam kelas, berita dan kerja selain menggalakkan penglibatan para pelajar. Bab 2 membicarakan tentang Twitter dan Trend Terkini. Melalui bab ini, pengguna aplikasi Twitter membantu dalam proses pembelajaran kerana pengajar akan mengubah cara pengajaran dan membuat sesi pengajaran yang lebih baik.

Bab 3 iaitu berkaitan dengan Facebook. Facebook dapat memudahkan pembangunan satu komuniti dalam talian pelajar-pelajar bahasa Inggeris di mana para pelajar boleh berlatih kemahiran bahasa melalui perbincangan video dan berbual dengan penutur asli Inggeris. Bab 4 pula bertajuk Instagram. Instagram membantu pengguna mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu digunakan ketika merakam video atau gambar.

Bab 5 menceritakan tentang Emel. Emel menyebabkan interaksi pelajar dengan menumpukan kepada aktiviti bukan berkaitan dengan tugas. Keselarian yang kerap membolehkan penyampaian idea baharu dalam menjana idea pada peringkat awal. Bab 6 membicarakan tentang Blog. Dalam bab ini telah dinyatakan langkah-langkah untuk membuat Blog di dalam BlogSpot.

Bab 7 pula menyatakan Isu yang timbul dalam rangkaian sosial. Kajian ini melibatkan pengguna rangkaian sosial dalam menggunakan penulisan yang bersesuaian dengan kefahaman pengguna lain. Melalui kajian ini, dapat memberi kesedaran kepada pelajar sekolah ketika menggunakan media sosial. Bab 8 pula menceritakan tentang Implikasi Pedagogi. Media sosial berperanan penting dalam mempengaruhi pembelajaran bahasa kerana ia menyediakan pelajar untuk terlibat secara aktif, menghasilkan perbualan yang relevan selain berlatih menggunakan bahasa sasaran.

Implikasi yang Diperoleh 👇👇👇
Penggunaan media sosial dan rangkaian sosial dapat membantu para pelajar dalam proses pembelanjaran bahasa secara lebih terperinci. Selain itu, media sosial juga membolehkan pelajar untuk berinteraksi antara satu sama lain secara alam maya selain membantu memudahkan segala tugasan-tugasan secara berkumpulan. Selain itu, media sosial juga berperanan dalam mempengaruhi pembelajaran bahasa kerana dengan media sosial membantu pelajar untuk terlibat secara aktif, menghasilkan perbualan yang relevan serta berlatih menggunakan bahasa sasaran. Pengaplikasian media sosial mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Hal ini bergantung kepada individu itu sendiri sama ada menggunakan media sosial ke arah kebaikan mahu pun sebaliknya.

Harga: RM60

Penulis Buku: Normaliza Abd. Rahim dan Noraien Mansor (2017). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.

#BBM3410Satu2019
#ProfDrN2019Satu
#Minggu12KelasAmali
#Disember2019
#Taktaureaksimukaredhakokenapaksa

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.