Ada apa di sebalik Bab 4 Strategi Komunikasi? Jom baca
untuk ketahui lebih lanjut 👇👇👇
Tarone (1980: 420) menyatakan
strategi komunikasi digunakan oleh pelajar bagi mengujarkan sesuatu kod bahasa
sasaran ketika peraturan sistematik bahasa sasaran bentuk dibentuk. Namun
demikian, Selinker (1972) berpendapat pendekatan yang digunakan dalam
komunikasi antara satu sama lain merupakan strategi komunikasi. Selain itu,
komunikasi juga dapat dilakukan dalam kumpulan kecil dan kumpulan besar. Malah,
komunikasi juga boleh berlaku mengguna peralatan digital untuk menyampaikan
mesej dengan lebih efektif dengan melibatkan emosi seseorang penutur.
Kebiasaannya, komunikasi sering berlaku dengan penggunaan strategi yang
bersesuaian seperti masa, tempat dan keadaan selain penggunaan bahasa badan
atau bahasa isyarat.
Hasil kajian yang dilakukan oleh
Weber & Grauer (2019) menunjukkan bahawa dalam komunikasi terdapat strategi
inovasi yang dapat meninggalkan kesan positif dalam setiap penyampaian mesej.
Kajian beliau juga hampir sama dengan kajian yang dilakukan oleh Hue (2017)
menjelaskan bahawa dalam kehidupan manusia, komunikasi adalah penting. Hue
(2017) juga menerangkan bahawa strategi komunikasi yang dilakukan perlu
mempunyai mesej yang jelas dan tidak mempunyai sebarang keraguan sehingga
disalah anggap oleh para pendengar.
Strategi komunikasi dapat dilakukan
dalam apa jua keadaan kerana ia dapat memberi peluang kepada semua kerana mesej
dapat difahami dengan jelas (Zerfass et al. 2018). Selain daripada itu, kajian
yang dilakukan oleh Zerfass et al. (2018) juga mempunyai persamaan dengan
kajian yang dilakukan oleh Heida et al. (2018), Ruler (2018) dan Werder et al.
(2018) yang menjelaskan bahawa strategi komunikasi adalah pemangkin kepada
segala paradigma disiplin. Perkara demikian kerana strategi komunikasi
merupakan perkara penting dalam kehidupan semua lapisan masyarakat.
Tambahan lagi, setiap strategi yang
di aplikasikan oleh masyarakat dalam kehidupan sama ada secara formal atau
tidak formal digunakan dengan berkesan agar mesej komunikasi dapat difahami
oleh semua pihak. Namun demikian, Normaliza Abd Rahim et al. (2018) dalam
kajiannya mendapati strategi komunikasi yang dilakukan kepada kanak - kanak
lebih menjurus kepada aspek budaya dan nilai sosial. Kajian Normaliza Abd Rahim
et al. (2018) hampir sama dengan kajian Normaliza Abd Rahim et al. (2017) yang
melihat nilai boleh diperluaskan melalui strategi komunikasi yang dilakukan
secara berterusan.
Menerusi
kajian Winkler & Etter (2018) berpendapat bahawa strategi komunikasi adalah
idea penyampaian yang berkesan yang boleh diterima dalam pelbagai situasi dan
keadaan. Kajian yang dijalankan hampir sama dengan kajian yang dilakukan oleh
O’ Conner et al. (2018) mengenai pendekatan dimensi rangkaian pelbagai ke arah
strategi komunikasi yang lebih efektif. Antara strategi komunikasi yang dikaji
ialah komunikasi pengiklanan, komunikasi korporat, komunikasi organisasi dan
perhubungan awam. Oleh itu, setiap strategi komunikasi memainkan peranan
penting dalam proses komunikasi dalam setiap penyampaian mesej kepada khalayak.
Kajian beliau juga disokong oleh Ruler (2018) yang mengatakan O’ Conner et al.
(2018) menekankan kepada strategi komunikasi yang dapat menggambarkan
perkembangan minda dan idea terhadap sesuatu perkara. Namun demikian, Volk et
al. (2018) mengemukakan cadangan bahawa konsep utama dalam strategi komunikasi
boleh digunakan oleh semua pihak sama ada secara formal atau tidak formal.
Malah, komunikasi juga boleh berlaku dalam bentuk penceritaan, penulisan
ataupun teks.
Strategi
komunikasi juga digambarkan sebagai refleksi elusive yang mempunyai konsep yang
mudah difahami sepertimana yang dinyatakan oleh Norhhaft et al. (2018).
Daripada kajian mendapati bahawa kajian beliau hampir sama dengan kajian yang
dilakukan oleh Volk et al. (2018), Ruler (2018), O’ Conner et al. (2018) yang
memberi fokus kepada kepentingan strategi komunikasi dalam pembentukan sahsiah
diri penutur yang menyampaikan mesej yang baik dan mudah difahami. Manakala
Norhhaft et al. (2018) dalam kajiannya menekankan kepada kepentingan strategi
komunikasi bagi menyebarkan budaya dalam kalangan kelompok masyarakat yang
mempunyai pemikiran yang sama untuk membincangkan setiap perkara yang telah
dipersetujui oleh semua pihak. Menerusi kajian yang telah dilakukan oleh tokoh
– tokoh tersebut, Normaliza Abd Rahim (2019) menjelaskan setiap yang diujarkan
harus menitikberatkan perasaan setiap penerima sebagai nilai pekerti yang
tinggi dalam diri setiap penutur.
Rujukan:
Hue, T. D. (2017). Fourth Generation NGOs: Communication
Strategies in Social Campaigning and Resource Mobilization. Ages. International Journal
of Strategic Communication. 119-147.
Nothhaft, H., Werder, K. P., Vercic, D., & Zerfass, A.
(2018). Strategic Communication: Reflections on an Elusive Concept. International Journal
of Strategic Communication, 12 (4).
Ruler, B. (2018). Communication Theory: An Underrated
Pillar on Which Strategic Communication Rests. International Journal
of Strategic Communcation, 12 (4): 367-381.
Selinker, L. (1972). Interlanguage. Product Information. International Review
of Applied Linguistic in Language Teaching, 10: 209-241.
Tarone, E. (1980). Communication Strategic, Foreigner
Talks, and Repair in Interlanguage. Language Learning, 30:
417-431.
Volk, S. C., & Zerfass, A. (2018). Alignment:
Explicating a Key Concept in Strategic Communication. International Journal
of Strategic Communication.
Winkler, P., & Etter, M. (2018). Strategic
Communication and Emergence: A Dual Narrative Framework. International Journal
of Strategic Communication, 12 (4): 382-398.
Werder, K.P., Northhaft, H., Vercic, D., Zerfass, A.
(2018). Strategic Communication, 12(4): 333-351.
Zerfass, A., Vercic, D., Northhaft, H., & Werder, K.P.
(2018). Strategic Communication: Defining the Field and its Contribution to
Research and Practice. International Journal
of Strategic Communcation, 12(4): 487-505.
#BBM3410Satu2019
#ProfDrN2019Satu
#Minggu8KelasAmali
#Apaitustrategikomunikasiyangandafahami
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.