Assalamualaikum
buat rakan-rakan BLM sekalian. Pejam celik pejam celik dah sampai penghujung
semester. Minggu pertama bermulalah pemilihan ahli kumpulan bagi subjek
Multimedia dalam Bahasa. Pada awalnya, aku sungguh tidak menyangka yang aku akan
satu kumpulan yang majoritinya kaum Adam daripada kaum Hawa. Setiap ahli
kumpulan terdiri daripada 11 orang ahli. Al kisahnya bermulalah suka duka
seramai 11 orang ahli di bawah nama “Langgar
Production”.
Pertama,
aku ingin mengucapkan Terima Kasih kepada Prof Dr Normaliza kerana telah
mengajar aku ada apa dengan ‘Multimedia dalam Bahasa’. Prof nak tahu tak,
sebelum saya mengambil subjek Multimedia ini, saya sejujurnya tidak mahir akan
aplikasi dalam Media Sosial melainkan hanya whatsapp dan media sosial yang lain
saya kurang aktif termasuklah Instagram dan Facebook, ini tidak terkira dengan
Twitter dan media sosial yang lain. Setelah saya mengambil subjek Multimedia dalam
Bahasa ini, banyak ilmu yang saya pelajari daripada Prof dan En Akmal. Saya
memohon keredhaan dan keberkataan di atas segala ilmu yang telah dicurahkan
sepanjang satu semester ini. Prof doakan saya dan rakan BLM yang lain berjaya
dan dapat A semua ye Prof.
Alhamdulillah,
sepanjang 14 minggu aku dan rakan-rakan yang lain berjaya menyelesaikan segala
tugasan yang telah diberikan. Penat dan lelah tu memang tak yah cakap laa..
Minggu berganti minggu kami satu kumpulan dibekalkan dengan pelbagai tugasan
untuk membuat penggambaran sama ada
dalam kampus mahu pun luar kampus. Terlalu banyak tugasan yang diberikan, namun
kami dapat menyelesaikan segala tugasan yang diberikan dengan baik. Buat ahli
kumpulan Langgar Production, terima kasih atas semua sumbangan kalian sepanjang
perkenalan kita walaupun sekejap. Semoga ukhwah yang terbina kekal terjalin.
Hehee. Sayang kalian semua.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.