Friday, December 20, 2019
BBM3410Satu2019: Tempat-Tempat yang menjadi Pilihan Penggambaran
1) Dewan Besar, UPM
2) Pentas Angsana, Bukit Ekspo
3) Institut Bio Sains, UPM
4) IOI, City Mall
5) Kajang
6) Astaka Seni, UPM
7) Kompleks Akademik E
8) Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Thursday, December 19, 2019
BBM3410Satu2019: Facebook Rumusan Bab 5 Minggu 9
Normaliza Abd Rahim (2018e) telah menyenaraikan enam belas
pendekatan strategi komunikasi yang digunakan dalam interaksi, ujaran, tulisan
dan teks.
Strategi komunikasi yang pertama
ialah singkatan. Melalui pendekatan ini, singkatan perkataan digunakan dalam
kalangan orang yang saling mengenali antara satu sama lain. Malah, singkatan
perkataan terdapat juga dalam bentuk tulisan atau teks yang lebih cenderung
kepada cerita, skrip drama atau filem. Kedua adalah perkataan baharu yang tidak
mempunyai makna. Beliau mendefinisikan perkataan baharu tiada makna merujuk
kepada kata yang tidak mempunyai makna dalam kamus. Perkataan tersebut juga
sering digunakan oleh mereka yang telah akrab dan saling memahami setiap kosa
kata baharu yang diciptakan.
Selain itu, bagi pendekatan
penafian atau pencanggahan pula merupakan kata atau ayat yang bertentangan dengan
ayat yang diberi. Hal ini dilihat apabila terdapat pengakuan yang negatif
daripada seseorang. Ringkasnya, penafian adalah penyampaian mesej yang
berlainan daripada cadangan asal. Tambahan itu, pendekatan dari sudut persoalan
pula adalah ayat yang berbentuk pertanyaan yang saling berkaitan dengan topik
perbincangan. Setiap persoalan yang dikemukakan lebih menjurus kepada tajuk dan
kandungan perbualan tersebut.
Di samping itu, dari aspek
pendekatan pengulangan pula dilihat kepada mesej penyampaian yang menggunakan
perkataan atau ayat dalam bentuk pengulangan. Hal demikian bertujuan untuk
pembaca atau pendengar memahami setiap yang ingin disampaikan oleh penulis.
Seterusnya, strategi komunikasi perujukan. Perujukan ialah rujukan yang dibuat
terhadap sesuatu fakta yang dapat menguatkan pemahaman.
Selain daripada itu, strategi
komunikasi bagi pembetulan kendiri menjurus kepada pembetulan mesej yang dibuat
oleh seseorang melalui perkataan, frasa, atau ayat sendiri tanpa mendapat
pertolongan daripada orang lain. Namun demikian, strategi komunikasi bagi topik
berlainan atau dikenali pengabaian mesej pula dirujuk kepada mesej yang
disampaikan, akan tetapi pendengar membuat penukaran topik daripada apa yang
dibincangkan. Strategi komunikasi yang berikutnya pula ialah proses mencelah
yang berlaku ketika orang lain memberi pendapat atau sedang berinteraksi antara
satu dengan yang lain. Manakala dari sudut pendekatan penangguhan iaitu senyap,
teragak - agak, bunyi dan ketawa adalah merujuk kepada bunyi atau tanpa bunyi
dari seseorang kerana tiada perkataan yang dapat dituturkan dan lain - lain.
Justeru itu, terjemahan literal
dalam strategi komunikasi adalah membuat penterjemahan bagi setiap satu
perkataan tanpa menekankan kepada struktur ayat. Tambahan lagi, terjemahan
literal sering digunakan tanpa mengira struktur ayat sasaran betul atau sebaliknya.
Strategi komunikasi yang seterusnya ialah pertukaran bahasa. Pertukaran bahasa
didefinisikan sebagai bahasa yang digunakan dalam satu perkataan, frasa atau
ayat sama ada ayat yang digunakan betul atau tidak, tetapi dapat
difahami oleh orang lain. Oleh itu, pertukaran bahasa dibahagikan
kepada dua, pertamandari aspek frasa dan ayat yang merujuk kepada penggunaan
bahasa lain daripada bahasa sasaran. Namun demikian, pertukaran bahasa dari
segi kosa kata pula menjurus kepada penggunaan perkataan dalam bahasa sasaran
dengan bahasa lain.
Strategi komunikasi yang berikutnya
pula adalah imaginasi. Imaginasi merujuk kepada penjelasan mesej melalui
imaginasi yang disampaikan kepada pihak yang mendengar atau membaca tentang
sesuatu isu. Akan tetapi, strategi komunikasi dari segi kesopanan nelihat
kepada mesej yang disampaikan dengan bahasa yang sopan. Kebiasaannya, strategi
ini dilakukan dalam keadaan formal. Lantaran itu, parafrasa dalam strategi
komunikasi merupakan pengolahan semula kandungan bagi sesuatu tulisan dengan
penggunaan kata - kata lain tanpa mengubah maksud makna sebenar ayat. Hal ini
kerana, bagi mengelakkan sebarang peniruan dalam sesuatu kajian. Akhir sekali
adalah strategi meminta pertolongan. Strategi ini merujuk kepada mesej yang
disampaikan dalam bentuk sopan bertujuan untuk memohon pertolongan dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, kesemua pendekatan strategi
komunikasi yang dinyatakan di atas digunakan untuk menganalisis data dengan
lebih terperinci.
Fraech & Kasper (1983) juga
menyatakan terdapat tiga aspek pembelajaran bahasa iaitu pembentukan hipotesis,
penilaian hipotesis dan proses automasi. Pembentukan hipotesis merupakan
pandangan atau pendapat yang ditegakkan terhadap andaian seseorang. Sebaliknya,
penilaian hipotesis merujuk kepada langkah yang dilaksanakan bagi mencapai
sesuatu tujuan yang telah ditetapkan. Manakala, proses automasi didefinisikan
sebagai komunikasi yang dilakukan dalam kadar yang minima kerana mengetahui
setiap apa yang perlu dituturkan. Daripada ketiga - tiga strategi komunikasi
yang telah dikemukakan oleh Fraech & Kasper (1983) juga mempunyai ciri -
ciri lain yang meliputi penghampiran, penghuraian, pencapaian kod dan strategi
meminta bantuan seperti yang telah dinyatakan oleh Normaliza Abd Rahim (2018e).
Namun demikian, strategi pengurangan seperti pengelakan mesej, penukaran mesej
peminjaman dan bukan verbal tidak digalakkan oleh beliau.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2018e). Communication
Strategies Taxonomy: A New Perspective. IUKL Research Journal, 7(1):11-16.
Faerch, C., & Kasper, G. (1983). Strategies in
Interlanguage Communication. London: Longman.
Rujukan Buku:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Terengganu: Penerbit UMT
BBM3410Satu2019: Facebook Rumusan Bab 4 Minggu 8
Ada apa di sebalik Bab 4 Strategi Komunikasi? Jom baca
untuk ketahui lebih lanjut 👇👇👇
Tarone (1980: 420) menyatakan
strategi komunikasi digunakan oleh pelajar bagi mengujarkan sesuatu kod bahasa
sasaran ketika peraturan sistematik bahasa sasaran bentuk dibentuk. Namun
demikian, Selinker (1972) berpendapat pendekatan yang digunakan dalam
komunikasi antara satu sama lain merupakan strategi komunikasi. Selain itu,
komunikasi juga dapat dilakukan dalam kumpulan kecil dan kumpulan besar. Malah,
komunikasi juga boleh berlaku mengguna peralatan digital untuk menyampaikan
mesej dengan lebih efektif dengan melibatkan emosi seseorang penutur.
Kebiasaannya, komunikasi sering berlaku dengan penggunaan strategi yang
bersesuaian seperti masa, tempat dan keadaan selain penggunaan bahasa badan
atau bahasa isyarat.
Hasil kajian yang dilakukan oleh
Weber & Grauer (2019) menunjukkan bahawa dalam komunikasi terdapat strategi
inovasi yang dapat meninggalkan kesan positif dalam setiap penyampaian mesej.
Kajian beliau juga hampir sama dengan kajian yang dilakukan oleh Hue (2017)
menjelaskan bahawa dalam kehidupan manusia, komunikasi adalah penting. Hue
(2017) juga menerangkan bahawa strategi komunikasi yang dilakukan perlu
mempunyai mesej yang jelas dan tidak mempunyai sebarang keraguan sehingga
disalah anggap oleh para pendengar.
Strategi komunikasi dapat dilakukan
dalam apa jua keadaan kerana ia dapat memberi peluang kepada semua kerana mesej
dapat difahami dengan jelas (Zerfass et al. 2018). Selain daripada itu, kajian
yang dilakukan oleh Zerfass et al. (2018) juga mempunyai persamaan dengan
kajian yang dilakukan oleh Heida et al. (2018), Ruler (2018) dan Werder et al.
(2018) yang menjelaskan bahawa strategi komunikasi adalah pemangkin kepada
segala paradigma disiplin. Perkara demikian kerana strategi komunikasi
merupakan perkara penting dalam kehidupan semua lapisan masyarakat.
Tambahan lagi, setiap strategi yang
di aplikasikan oleh masyarakat dalam kehidupan sama ada secara formal atau
tidak formal digunakan dengan berkesan agar mesej komunikasi dapat difahami
oleh semua pihak. Namun demikian, Normaliza Abd Rahim et al. (2018) dalam
kajiannya mendapati strategi komunikasi yang dilakukan kepada kanak - kanak
lebih menjurus kepada aspek budaya dan nilai sosial. Kajian Normaliza Abd Rahim
et al. (2018) hampir sama dengan kajian Normaliza Abd Rahim et al. (2017) yang
melihat nilai boleh diperluaskan melalui strategi komunikasi yang dilakukan
secara berterusan.
Menerusi
kajian Winkler & Etter (2018) berpendapat bahawa strategi komunikasi adalah
idea penyampaian yang berkesan yang boleh diterima dalam pelbagai situasi dan
keadaan. Kajian yang dijalankan hampir sama dengan kajian yang dilakukan oleh
O’ Conner et al. (2018) mengenai pendekatan dimensi rangkaian pelbagai ke arah
strategi komunikasi yang lebih efektif. Antara strategi komunikasi yang dikaji
ialah komunikasi pengiklanan, komunikasi korporat, komunikasi organisasi dan
perhubungan awam. Oleh itu, setiap strategi komunikasi memainkan peranan
penting dalam proses komunikasi dalam setiap penyampaian mesej kepada khalayak.
Kajian beliau juga disokong oleh Ruler (2018) yang mengatakan O’ Conner et al.
(2018) menekankan kepada strategi komunikasi yang dapat menggambarkan
perkembangan minda dan idea terhadap sesuatu perkara. Namun demikian, Volk et
al. (2018) mengemukakan cadangan bahawa konsep utama dalam strategi komunikasi
boleh digunakan oleh semua pihak sama ada secara formal atau tidak formal.
Malah, komunikasi juga boleh berlaku dalam bentuk penceritaan, penulisan
ataupun teks.
Strategi
komunikasi juga digambarkan sebagai refleksi elusive yang mempunyai konsep yang
mudah difahami sepertimana yang dinyatakan oleh Norhhaft et al. (2018).
Daripada kajian mendapati bahawa kajian beliau hampir sama dengan kajian yang
dilakukan oleh Volk et al. (2018), Ruler (2018), O’ Conner et al. (2018) yang
memberi fokus kepada kepentingan strategi komunikasi dalam pembentukan sahsiah
diri penutur yang menyampaikan mesej yang baik dan mudah difahami. Manakala
Norhhaft et al. (2018) dalam kajiannya menekankan kepada kepentingan strategi
komunikasi bagi menyebarkan budaya dalam kalangan kelompok masyarakat yang
mempunyai pemikiran yang sama untuk membincangkan setiap perkara yang telah
dipersetujui oleh semua pihak. Menerusi kajian yang telah dilakukan oleh tokoh
– tokoh tersebut, Normaliza Abd Rahim (2019) menjelaskan setiap yang diujarkan
harus menitikberatkan perasaan setiap penerima sebagai nilai pekerti yang
tinggi dalam diri setiap penutur.
Rujukan:
Hue, T. D. (2017). Fourth Generation NGOs: Communication
Strategies in Social Campaigning and Resource Mobilization. Ages. International Journal
of Strategic Communication. 119-147.
Nothhaft, H., Werder, K. P., Vercic, D., & Zerfass, A.
(2018). Strategic Communication: Reflections on an Elusive Concept. International Journal
of Strategic Communication, 12 (4).
Ruler, B. (2018). Communication Theory: An Underrated
Pillar on Which Strategic Communication Rests. International Journal
of Strategic Communcation, 12 (4): 367-381.
Selinker, L. (1972). Interlanguage. Product Information. International Review
of Applied Linguistic in Language Teaching, 10: 209-241.
Tarone, E. (1980). Communication Strategic, Foreigner
Talks, and Repair in Interlanguage. Language Learning, 30:
417-431.
Volk, S. C., & Zerfass, A. (2018). Alignment:
Explicating a Key Concept in Strategic Communication. International Journal
of Strategic Communication.
Winkler, P., & Etter, M. (2018). Strategic
Communication and Emergence: A Dual Narrative Framework. International Journal
of Strategic Communication, 12 (4): 382-398.
Werder, K.P., Northhaft, H., Vercic, D., Zerfass, A.
(2018). Strategic Communication, 12(4): 333-351.
Zerfass, A., Vercic, D., Northhaft, H., & Werder, K.P.
(2018). Strategic Communication: Defining the Field and its Contribution to
Research and Practice. International Journal
of Strategic Communcation, 12(4): 487-505.
#BBM3410Satu2019
#ProfDrN2019Satu
#Minggu8KelasAmali
#Apaitustrategikomunikasiyangandafahami
BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 13
Assalamualaikum semua pengunjung bloggerku.. hihiiii 👀
Minggu 13 merupakan kuliah terakhir aku dan rakan-rakan
yang lain mengambil kursus Multimedia dalam Bahasa bersama Prof Dr. Normaliza
Abd Rahim. Pada minggu 13 ini juga, setiap pelajar diminta untuk meluahkan apa
yang dirasai sepanjang mengambil kursus ini. Di bawah merupakan “Ketika dan
Kalimat” yang dapat aku luahkan sepanjang satu semester mengambil kursus ini.
BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 11
Buku “Kajian Wacana dan
Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi membincangkan teori dan
pengaplikasiannya dalam bentuk penyelidikan yang terdiri daripada tujuh bab.
BBM3410Satu2019: Kalendar 2020
Assalamualaikum semua. Tiga minggu sebelum kelas Amali Multimedia berakhir,
aku dan rakan-rakan BLM yang lain diajar menggunakan Aplikasi Adobe PhotoShop
untuk menghasilkan Kalendar 2020 beserta dengan kata-kata hikmah ciptaan
sendiri dan gambar bagi setiap bulan dan cover page kalendar. Untuk mendapatkan seperti gambar di bawah, betapa sukarnya aku untuk menghasilkannya. Tapi apakah daya aku untuk menolak arahan yang telah diberikan. Tapi takpe, penat hanya sebentar kerana aku tahu setiap kesukaran akan ada kesenangan di kemudian hari. Nak tahu apa
kata-kata hikmah yang aku ciptakan.. tengok la di bawah 👇👇👇.
Wednesday, December 18, 2019
BBM3410Satu2019: Video 8 One Shot Two Layer
Assalamualaikum dan Selamat Pagi kalian, ini merupakan video Two
Layer daripada kumpulan Langgar Production dengan lagu Drama oleh Drama Band.
Aku menjadi watak sampingan dalam video ini iaitu sebagai kawan kepada watak
utama. Video ini mengisahkan tentang seorang perempuan dengan pelbagai ragam
untuk memikat lelaki. Akan tetapi drama perempuan tersebut telah diketahui oleh
teman lelakinya dan menjadi bahan bualan oleh rakan-rakannya yang lain. Setiap
ahli memainkan peranan masing-masing dalam menyempurnakan tugasan video Two
Layer ini, terutamanya watak utama dan penyanyi serta beberapa ahli yang
terlibat sebagai watak sampingan.
BBM3410Satu2019: Video 9 One Shot Three Layer
Assalamualaikum dan Selamat Pagi pengunjung Bloggerku.
Hahaha. Kali ini aku akan menceritakan tentang pengalaman aku memegang watak
sampingan dalam Video Third Layer. Aku sebagai rakan kepada watak utama iaitu
Ustazah Fatimah. Kehadiran Ustazah Fatimah ini menjadi bualan para guru dan
pelajar di sebuah sekolah. Nak tahu dengan mendalam, mehh la tekan link kat
bawah ye kawan-kawanku.
Wednesday, December 11, 2019
BBM3410Satu2019: Screen Capture Instagram, Like dan Komen oleh Prof Dr. Normaliza dan Dr Alia Roslan
Assalamualaikum pengunjung bloggerku hahaha. Pada kali ini aku akan memuat naik gambar dalam instagram yang telah di like 💓 dan di komen 💬oleh Prof Dr Normaliza dan Dr Alia. Nak tau gambar apa yang di like dan di komen, lihat di bawah 👇👇👇
Subscribe to:
Posts (Atom)