Sunday, November 17, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 4









Tip aku yang pertama adalah belajar menggunakan peta minda. Menerusi peta minda, aku dapat mencipta setiap akronim bagi setiap ayat agar mudah untuk aku ingati. Kedua dengan peta minda, aku dapat membuat catatan bagi setiap subjek atau topik yang sukar untuk difahami. Ketig, melalui peta minda juga aku dapat berimaginasi dengan catatan yang telah aku ringkaskan. Selain itu, daripada peta minda juga aku dapat meringkaskan kembali isi-isi penting dalam bentuk yang mudah serta menukar perkataan-perkataan yang sukar kepada kata-kata yang mudah untuk diingati.

Manakala bagi tip belajar aku yang kedua adalah cara belajar dengan berkesan. Terdapat beberapa tip yang dapat diaplikasikan untuk belajar dengan berkesan. Antaranya dengan menentukan matlamat yang ingin dicapai, memberi fokus terhadap subjek yang diulangkaji, membuat jadual waktu bagi setiap subjek yang perlu diberi penekanan. Di samping itu, belajar pada waktu pagi dengan diselangi waktu rehat. Namun sesetengah pelajar, belajar pada waktu dingin atau sunyi. Namun bagi aku, belajar pada waktu pagi adalah salah satu cara aku belajar dengan berkesan. Selain itu, belajar dengan berkesan juga adalah dengan mengosongkan fikiran sebelum memulakan ulangkaji pelajar serta menggunakan pelbagai pen yang berwarna, highlighter dan seumpamanya agar nota kelihatan menarik apabila dibaca dan dihafal. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.