Thursday, November 28, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)



Buku “Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi membincangkan teori dan pengaplikasiannya dalam bentuk penyelidikan yang terdiri daripada tujuh bab. Bab pertama adalah Kajian Wacana. Terdapat beberapa takrifan wacana daripada pelbagai sumber yang telah dikemukakan oleh beberapa orang tokoh dalam penyelidikan kajian wacana. Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa wacana boleh terdiri daripada bentuk teks, tulisan, interaksi, dan ujaran. Setiap wacana perlu diberi penekanan sebelum dianalisis secara lebih terperinci. Selain itu, seseorang akan mudah memahami tujuan wacana apabila ia melihat wacana sebagai suatu perkara yang mudah.

Bagi bab 2 pula membincangkan tentang Teori dan Pendekatan Wacana. Dalam bab ini menyatakan setiap teori dan pendekatan dalam analisis wacana dihuraikan dengan lebih mendalam agar data yang diperoleh adalah tepat. Dengan itu, pemilihan teori dan pendekatan yang bersesuaian adalah penting agar setiap analisis data yang dilakukan dapat difahami dengan jelas.

Selain itu, bagi bab 3 memberi fokus kepada Analisis Wacana Tekstual dan Ujaran. Melalui bab ini kajian analisis wacana terdiri daripada tiga kajian. Antaranya kajian wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstua cerita sosial dan pertuturan atau dikenali ujaran terhadap kanak-kanak autisme. Kanak-kanak autsme merupakan kanak-kanak yang mempunyai gangguan perkembangan saraf yang mengakibatkan kesukaran untuk berkomunikasi, menjalani interaksi sosial dan mempunyai masalah tingkah laku.

Seterusnya bagi bab 4 iaitu Strategi Komunikasi. Bab ini menerangkan bahawa untuk mengutarakan dan memecahkan kod dalam bahasa sasaran, keadaan semasa peraturan sistematik bahasa sasaran belum dibentuk (Tarone, 1980: 420). Sebaliknya, Selinker (1972) menjelaskan strategi komunikasi adalah salah satu pendekatan yang diaplikasikan dalam komunikasi antara satu sama lain.

Manakala bab 5 pula iaitu Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi. Melalui bab ini Normaliza Abd. Rahim (2018e) telah menyenaraikan enam belas pendekatan strategi komunikasi yang akan digunakan bagi proses analisis data secara lebih terperinci. Enam belas strategi komunikasi yang dinyatakan oleh beliau meliputi singkatan, perkataan baharu yang tiada makna, percanggahan, persoalan, pengulangan, perujukan, pembentulan kendiri, pengabaian, celahan, penangguhan, terjemahan literal, pertukaran bahasa, imaginasi, kesopanan, parafrasa dan memohon pertolongan.

Di samping itu, bagi bab 6 iaitu Analisis Strategi Komunikasi dalam Kalangan Kanak-Kanak memberi kesan kepada masyarakat, guru, ibu bapa dan pelajar sekolah. Secara keseluruhannya, masyarakat mendapat manfaat apabila memulakan komunikasi yang baik dan berkesan dalam perbualan mahupun perbincangan. Akhir sekali, bab 7 pula telah menyatakan beberapa cadangan untuk dilakukan pada kajian yang akan datang. Tegasnya, kajian analisis wacana dan strategi komunikasi dapat memberi kesan kepada pemahaman.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Terengganu Malaysia.
Normaliza Abd Rahim. (2018e). Communication Strategy Taxonomy: A New Perspective. IUKL Research Journal, 7 (1): 11 – 16.
Selinker, L. (1972). Interlanguage. Product Information. International Review of Applied Linguistic in Language Teaching, 10: 209-241.
Tarone, E. (1980). Communication Strategic, Foreigner Talks, and Repair in Interlanguage. Language Learning, 30: 417-431.

Harga Buku: RM20

#ProfDrN2019Satu
#BBM2019Satu2019
#Minggu11KelasAmali
#Kajianwacanadalamstrategikomunikasi





Sunday, November 17, 2019

BBM3410Satu2019: Fotografi 5 Flat Lay







BBM3410Satu2019: Video 10 VLOG Konvokesyen UPM





BBM3410Satu2019: Video 7 One Shot One Layer




                                   
                                     
                                 

BBM3410Satu2019: Twitter Cerita Sosial (Jiran) Minggu 7



Assalamualaikum, semua. 

Minggu ketujuh aku membuat bebenang daripada cerita sosial Jiran yang mengisahkan Alim yang mempunyai banyak buku cerita untuk dihadiahkan kepada ibu, bapak, abang dan kakak. Aku dapat menghasilkan 13 bebenang daripada cerita sosial tersebut. Oleh itu, bagi aku hargailah jiran anda kerana jiran membawa berkat. Heheee’

Bebenang #1



                                                               Bebenang #2 hingga 4



Bebenang #5 hingga 7



#Bebenang 8 hingga 10

                                      


Bebenang #11 hingga 13




Selain, aku dan pelajar yang lain di minta untuk retweets mana-mana lima berita terkini yang terdapat dalam Twitter. Antara berita yang aku retweet adalah Sinar Harian @sinaronline, Harian Metro@hmetromy, Buletin TV3@buletinTV3, Astro Awani@501awani, Saluran TVi@tv1_rtm. Setelah retweet, aku juga perlu tulis dalam Buku Eh, Media Sosial bagi aktiviti 3. Seterusnya, aku juga diminta untuk retweet lima tweet yang terdapat dalam Twitter. Antara yang aku retweet adalah @tyashatirah, @Usim, @HatiSadoKe, @Isskndar Ariffin, @Matravelmy dan seperti biasa bergambar dengan buku Eh! Media Sosial sebagai bukti kerana Prof @drNormaliza memang tak percaya kepada semua pelajar termasuklah yang jujur dan berterus terang…Hihihikk











BBM3410Satu2019: Twitter Cerita Sosial (Hati) Minggu 6


Assalamualaikum, 

Pada minggu keenam, aku dan rakan-rakan yang lain diajar untuk membuat bebenang berdasarkan cerita sosial yang terdapat terkandung dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. 

Bebenang seterusnya adalah cerita sosial berkaitan hati. Cerita sosial ini menceritakan tentang watak utama dalam cerita sosial jiran, iaitu Alim. Sebanyak 12 bebenag telah terhasil daripada cerita sosial ini. Cerita mengisahkan tentang Alim pergi sekolah membawa kek cawan untuk dikongsi bersama rakan-rakan sekelas yang lain. Hal ini terjadi sempena Hari Lahir Alim waklaupun pada hakikatnya Alim tidak memahami ‘Apa itu Hari Lahir’ dan Alim hanya menuruti kata ibunya yang meminta Alim membawa kek cawan ke sekolah.


Bebenang #1 hingga 3



Bebenang #4 hingga 6



Bebenang #7 hingga 10



Bebenang #11 hingga 12





Selain itu, aku juga diminta untuk membuat aktiviti 1 yang terdapat dalam buku Eh! Media Sosial. Menerusi aktiviti 1 ini, setiap pelajar diminta untuk  membuat cerita pendek di twitter. Topik cerita adalah bebas. Aku memilih topik cerita pendek yang bertajuk Cabaran dalam Kalangan Mahasiswa. Antaranya adalah masa, Kewangan dan Pergaulan dengan Rakan Sebaya. 

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 1





BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 3










BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 4









Tip aku yang pertama adalah belajar menggunakan peta minda. Menerusi peta minda, aku dapat mencipta setiap akronim bagi setiap ayat agar mudah untuk aku ingati. Kedua dengan peta minda, aku dapat membuat catatan bagi setiap subjek atau topik yang sukar untuk difahami. Ketig, melalui peta minda juga aku dapat berimaginasi dengan catatan yang telah aku ringkaskan. Selain itu, daripada peta minda juga aku dapat meringkaskan kembali isi-isi penting dalam bentuk yang mudah serta menukar perkataan-perkataan yang sukar kepada kata-kata yang mudah untuk diingati.

Manakala bagi tip belajar aku yang kedua adalah cara belajar dengan berkesan. Terdapat beberapa tip yang dapat diaplikasikan untuk belajar dengan berkesan. Antaranya dengan menentukan matlamat yang ingin dicapai, memberi fokus terhadap subjek yang diulangkaji, membuat jadual waktu bagi setiap subjek yang perlu diberi penekanan. Di samping itu, belajar pada waktu pagi dengan diselangi waktu rehat. Namun sesetengah pelajar, belajar pada waktu dingin atau sunyi. Namun bagi aku, belajar pada waktu pagi adalah salah satu cara aku belajar dengan berkesan. Selain itu, belajar dengan berkesan juga adalah dengan mengosongkan fikiran sebelum memulakan ulangkaji pelajar serta menggunakan pelbagai pen yang berwarna, highlighter dan seumpamanya agar nota kelihatan menarik apabila dibaca dan dihafal. 

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6









BBM3410Satu2019: Facebook Minggu 9




'Mudahkan Perkongsian, Membuka Ruang Kebahagian'

Bermaksud: Setiap perkara yang kita miliki perlulah berkongsi dengan orang sekeliling. Misalnya, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Oleh itu, janganlah kita berkira dengan apa jua perkara yang telah dikurniakan serta tidak iri hati dengan kelebihan yang ada pada seseorang yang tiada pada diri kita. Dengan berkongsi, kita akan merasai kebahagian yang tidak disangka-sangka.

BBM3410Satu2019: Facebook Minggu 8