Friday, December 20, 2019

BBM3410Satu2019: Tempat-Tempat yang menjadi Pilihan Penggambaran



1) Dewan Besar, UPM

2) Pentas Angsana, Bukit Ekspo

3) Institut Bio Sains, UPM

4) IOI, City Mall

5) Kajang

6) Astaka Seni, UPM

7) Kompleks Akademik E

8) Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi


Thursday, December 19, 2019

BBM3410Satu2019: Facebook Minggu 13





BBM3410Satu2019: Video Fotografi 4




BBM3410Satu2019: Video Fotografi 3




BBM3410Satu2019: Video Fotografi 2




BBM3410Satu2019: Facebook Rumusan Bab 5 Minggu 9


Assalamualaikum dan Selamat Petang semua warga Facebook hari ini. Kesempatan pada kali ini akan dirumuskan daripada bab 5 iaitu “Toksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi”


Normaliza Abd Rahim (2018e) telah menyenaraikan enam belas pendekatan strategi komunikasi yang digunakan dalam interaksi, ujaran, tulisan dan teks.


Strategi komunikasi yang pertama ialah singkatan. Melalui pendekatan ini, singkatan perkataan digunakan dalam kalangan orang yang saling mengenali antara satu sama lain. Malah, singkatan perkataan terdapat juga dalam bentuk tulisan atau teks yang lebih cenderung kepada cerita, skrip drama atau filem. Kedua adalah perkataan baharu yang tidak mempunyai makna. Beliau mendefinisikan perkataan baharu tiada makna merujuk kepada kata yang tidak mempunyai makna dalam kamus. Perkataan tersebut juga sering digunakan oleh mereka yang telah akrab dan saling memahami setiap kosa kata baharu yang diciptakan.


Selain itu, bagi pendekatan penafian atau pencanggahan pula merupakan kata atau ayat yang bertentangan dengan ayat yang diberi. Hal ini dilihat apabila terdapat pengakuan yang negatif daripada seseorang. Ringkasnya, penafian adalah penyampaian mesej yang berlainan daripada cadangan asal. Tambahan itu, pendekatan dari sudut persoalan pula adalah ayat yang berbentuk pertanyaan yang saling berkaitan dengan topik perbincangan. Setiap persoalan yang dikemukakan lebih menjurus kepada tajuk dan kandungan perbualan tersebut.


Di samping itu, dari aspek pendekatan pengulangan pula dilihat kepada mesej penyampaian yang menggunakan perkataan atau ayat dalam bentuk pengulangan. Hal demikian bertujuan untuk pembaca atau pendengar memahami setiap yang ingin disampaikan oleh penulis. Seterusnya, strategi komunikasi perujukan. Perujukan ialah rujukan yang dibuat terhadap sesuatu fakta yang dapat menguatkan pemahaman.


Selain daripada itu, strategi komunikasi bagi pembetulan kendiri menjurus kepada pembetulan mesej yang dibuat oleh seseorang melalui perkataan, frasa, atau ayat sendiri tanpa mendapat pertolongan daripada orang lain. Namun demikian, strategi komunikasi bagi topik berlainan atau dikenali pengabaian mesej pula dirujuk kepada mesej yang disampaikan, akan tetapi pendengar membuat penukaran topik daripada apa yang dibincangkan. Strategi komunikasi yang berikutnya pula ialah proses mencelah yang berlaku ketika orang lain memberi pendapat atau sedang berinteraksi antara satu dengan yang lain. Manakala dari sudut pendekatan penangguhan iaitu senyap, teragak - agak, bunyi dan ketawa adalah merujuk kepada bunyi atau tanpa bunyi dari seseorang kerana tiada perkataan yang dapat dituturkan dan lain - lain.


Justeru itu, terjemahan literal dalam strategi komunikasi adalah membuat penterjemahan bagi setiap satu perkataan tanpa menekankan kepada struktur ayat. Tambahan lagi, terjemahan literal sering digunakan tanpa mengira struktur ayat sasaran betul atau sebaliknya. Strategi komunikasi yang seterusnya ialah pertukaran bahasa. Pertukaran bahasa didefinisikan sebagai bahasa yang digunakan dalam satu perkataan, frasa atau ayat  sama ada ayat yang digunakan betul atau tidak, tetapi dapat difahami oleh orang lain. Oleh itu,  pertukaran bahasa dibahagikan kepada dua, pertamandari aspek frasa dan ayat yang merujuk kepada penggunaan bahasa lain daripada bahasa sasaran. Namun demikian, pertukaran bahasa dari segi kosa kata pula menjurus kepada penggunaan perkataan dalam bahasa sasaran dengan bahasa lain.


Strategi komunikasi yang berikutnya pula adalah imaginasi. Imaginasi merujuk kepada penjelasan mesej melalui imaginasi yang disampaikan kepada pihak yang mendengar atau membaca tentang sesuatu isu. Akan tetapi, strategi komunikasi dari segi kesopanan nelihat kepada mesej yang disampaikan dengan bahasa yang sopan. Kebiasaannya, strategi ini dilakukan dalam keadaan formal. Lantaran itu, parafrasa dalam strategi komunikasi merupakan pengolahan semula kandungan bagi sesuatu tulisan dengan penggunaan kata - kata lain tanpa mengubah maksud makna sebenar ayat. Hal ini kerana, bagi mengelakkan sebarang peniruan dalam sesuatu kajian. Akhir sekali adalah strategi meminta pertolongan. Strategi ini merujuk kepada mesej yang disampaikan dalam bentuk sopan bertujuan untuk memohon pertolongan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, kesemua pendekatan strategi komunikasi yang dinyatakan di atas digunakan untuk menganalisis data dengan lebih terperinci.


Fraech & Kasper (1983) juga menyatakan terdapat tiga aspek pembelajaran bahasa iaitu pembentukan hipotesis, penilaian hipotesis dan proses automasi. Pembentukan hipotesis merupakan pandangan atau pendapat yang ditegakkan terhadap andaian seseorang. Sebaliknya, penilaian hipotesis merujuk kepada langkah yang dilaksanakan bagi mencapai sesuatu tujuan yang telah ditetapkan. Manakala, proses automasi didefinisikan sebagai komunikasi yang dilakukan dalam kadar yang minima kerana mengetahui setiap apa yang perlu dituturkan. Daripada ketiga - tiga strategi komunikasi yang telah dikemukakan oleh Fraech & Kasper (1983) juga mempunyai ciri - ciri lain yang meliputi penghampiran, penghuraian, pencapaian kod dan strategi meminta bantuan seperti yang telah dinyatakan oleh Normaliza Abd Rahim (2018e). Namun demikian, strategi pengurangan seperti pengelakan mesej, penukaran mesej peminjaman dan bukan verbal tidak digalakkan oleh beliau.


Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2018e). Communication Strategies Taxonomy: A New Perspective. IUKL Research Journal, 7(1):11-16.


Faerch, C., & Kasper, G. (1983). Strategies in Interlanguage Communication. London: Longman.


Rujukan Buku:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Terengganu: Penerbit UMT


BBM3410Satu2019: Facebook Rumusan Bab 4 Minggu 8



Ada apa di sebalik Bab 4 Strategi Komunikasi? Jom baca untuk ketahui lebih lanjut 👇👇👇

Tarone (1980: 420) menyatakan strategi komunikasi digunakan oleh pelajar bagi mengujarkan sesuatu kod bahasa sasaran ketika peraturan sistematik bahasa sasaran bentuk dibentuk. Namun demikian, Selinker (1972) berpendapat pendekatan yang digunakan dalam komunikasi antara satu sama lain merupakan strategi komunikasi. Selain itu, komunikasi juga dapat dilakukan dalam kumpulan kecil dan kumpulan besar. Malah, komunikasi juga boleh berlaku mengguna peralatan digital untuk menyampaikan mesej dengan lebih efektif dengan melibatkan emosi seseorang penutur. Kebiasaannya, komunikasi sering berlaku dengan penggunaan strategi yang bersesuaian seperti masa, tempat dan keadaan selain penggunaan bahasa badan atau bahasa isyarat.


Hasil kajian yang dilakukan oleh Weber & Grauer (2019) menunjukkan bahawa dalam komunikasi terdapat strategi inovasi yang dapat meninggalkan kesan positif dalam setiap penyampaian mesej. Kajian beliau juga hampir sama dengan kajian yang dilakukan oleh Hue (2017) menjelaskan bahawa dalam kehidupan manusia, komunikasi adalah penting. Hue (2017) juga menerangkan bahawa strategi komunikasi yang dilakukan perlu mempunyai mesej yang jelas dan tidak mempunyai sebarang keraguan sehingga disalah anggap oleh para pendengar.


Strategi komunikasi dapat dilakukan dalam apa jua keadaan kerana ia dapat memberi peluang kepada semua kerana mesej dapat difahami dengan jelas (Zerfass et al. 2018). Selain daripada itu, kajian yang dilakukan oleh Zerfass et al. (2018) juga mempunyai persamaan dengan kajian yang dilakukan oleh Heida et al. (2018), Ruler (2018) dan Werder et al. (2018) yang menjelaskan bahawa strategi komunikasi adalah pemangkin kepada segala paradigma disiplin. Perkara demikian kerana strategi komunikasi merupakan perkara penting dalam kehidupan semua lapisan masyarakat.


Tambahan lagi, setiap strategi yang di aplikasikan oleh masyarakat dalam kehidupan sama ada secara formal atau tidak formal digunakan dengan berkesan agar mesej komunikasi dapat difahami oleh semua pihak. Namun demikian, Normaliza Abd Rahim et al. (2018) dalam kajiannya mendapati strategi komunikasi yang dilakukan kepada kanak - kanak lebih menjurus kepada aspek budaya dan nilai sosial. Kajian Normaliza Abd Rahim et al. (2018) hampir sama dengan kajian Normaliza Abd Rahim et al. (2017) yang melihat nilai boleh diperluaskan melalui strategi komunikasi yang dilakukan secara berterusan.


            Menerusi kajian Winkler & Etter (2018) berpendapat bahawa strategi komunikasi adalah idea penyampaian yang berkesan yang boleh diterima dalam pelbagai situasi dan keadaan. Kajian yang dijalankan hampir sama dengan kajian yang dilakukan oleh O’ Conner et al. (2018) mengenai pendekatan dimensi rangkaian pelbagai ke arah strategi komunikasi yang lebih efektif. Antara strategi komunikasi yang dikaji ialah komunikasi pengiklanan, komunikasi korporat, komunikasi organisasi dan perhubungan awam. Oleh itu, setiap strategi komunikasi memainkan peranan penting dalam proses komunikasi dalam setiap penyampaian mesej kepada khalayak. Kajian beliau juga disokong oleh Ruler (2018) yang mengatakan O’ Conner et al. (2018) menekankan kepada strategi komunikasi yang dapat menggambarkan perkembangan minda dan idea terhadap sesuatu perkara. Namun demikian, Volk et al. (2018) mengemukakan cadangan bahawa konsep utama dalam strategi komunikasi boleh digunakan oleh semua pihak sama ada secara formal atau tidak formal. Malah, komunikasi juga boleh berlaku dalam bentuk penceritaan, penulisan ataupun teks.


            Strategi komunikasi juga digambarkan sebagai refleksi elusive yang mempunyai konsep yang mudah difahami sepertimana yang dinyatakan oleh Norhhaft et al. (2018). Daripada kajian mendapati bahawa kajian beliau hampir sama dengan kajian yang dilakukan oleh Volk et al. (2018), Ruler (2018), O’ Conner et al. (2018) yang memberi fokus kepada kepentingan strategi komunikasi dalam pembentukan sahsiah diri penutur yang menyampaikan mesej yang baik dan mudah difahami. Manakala Norhhaft et al. (2018) dalam kajiannya menekankan kepada kepentingan strategi komunikasi bagi menyebarkan budaya dalam kalangan kelompok masyarakat yang mempunyai pemikiran yang sama untuk membincangkan setiap perkara yang telah dipersetujui oleh semua pihak. Menerusi kajian yang telah dilakukan oleh tokoh – tokoh tersebut, Normaliza Abd Rahim (2019) menjelaskan setiap yang diujarkan harus menitikberatkan perasaan setiap penerima sebagai nilai pekerti yang tinggi dalam diri setiap penutur.


Rujukan:

Hue, T. D. (2017). Fourth Generation NGOs: Communication Strategies in Social Campaigning and Resource Mobilization. Ages. International Journal of Strategic Communication. 119-147.


Nothhaft, H., Werder, K. P., Vercic, D., & Zerfass, A. (2018). Strategic Communication: Reflections on an Elusive Concept. International Journal of Strategic Communication, 12 (4).


Ruler, B. (2018). Communication Theory: An Underrated Pillar on Which Strategic Communication Rests. International Journal of Strategic Communcation, 12 (4): 367-381.


Selinker, L. (1972). Interlanguage. Product Information. International Review of Applied Linguistic in Language Teaching, 10: 209-241.


Tarone, E. (1980). Communication Strategic, Foreigner Talks, and Repair in Interlanguage. Language Learning, 30: 417-431.


Volk, S. C., & Zerfass, A. (2018). Alignment: Explicating a Key Concept in Strategic Communication. International Journal of Strategic Communication.


Winkler, P., & Etter, M. (2018). Strategic Communication and Emergence: A Dual Narrative Framework. International Journal of Strategic Communication, 12 (4): 382-398.


Werder, K.P., Northhaft, H., Vercic, D., Zerfass, A. (2018). Strategic Communication, 12(4): 333-351.


Zerfass, A., Vercic, D., Northhaft, H., & Werder, K.P. (2018). Strategic Communication: Defining the Field and its Contribution to Research and Practice. International Journal of Strategic Communcation, 12(4): 487-505.

#BBM3410Satu2019
#ProfDrN2019Satu
#Minggu8KelasAmali
#Apaitustrategikomunikasiyangandafahami

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 12








BBM3410Satu2019: Twitter Minggu 12








BBM3410Satu2019: Twitter Minggu 11






l









BBM3410Satu2019: Twitter Minggu 10











BBM3410Satu2019: Twitter Minggu 9






BBM3410Satu2019: Twitter Minggu 6











BBM3410Satu2019: Twitter Minggu 4













BBM3410Satu2019: Twitter Minggu 3











BBM3410Satu2019: Twitter Minggu 1








BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 13



Assalamualaikum semua pengunjung bloggerku.. hihiiii 👀

Minggu 13 merupakan kuliah terakhir aku dan rakan-rakan yang lain mengambil kursus Multimedia dalam Bahasa bersama Prof Dr. Normaliza Abd Rahim. Pada minggu 13 ini juga, setiap pelajar diminta untuk meluahkan apa yang dirasai sepanjang mengambil kursus ini. Di bawah merupakan “Ketika dan Kalimat” yang dapat aku luahkan sepanjang satu semester mengambil kursus ini. 






BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 11












Buku “Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi membincangkan teori dan pengaplikasiannya dalam bentuk penyelidikan yang terdiri daripada tujuh bab.




BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 10








BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 9








BBM3410Satu2019: Kalendar 2020



Assalamualaikum semua. Tiga minggu sebelum kelas Amali Multimedia berakhir, aku dan rakan-rakan BLM yang lain diajar menggunakan Aplikasi Adobe PhotoShop untuk menghasilkan Kalendar 2020 beserta dengan kata-kata hikmah ciptaan sendiri dan gambar bagi setiap bulan dan cover page kalendar. Untuk mendapatkan seperti gambar di bawah, betapa sukarnya aku untuk menghasilkannya. Tapi apakah daya aku untuk menolak arahan yang telah diberikan. Tapi takpe, penat hanya sebentar kerana aku tahu setiap kesukaran akan ada kesenangan di kemudian hari. Nak tahu apa kata-kata hikmah yang aku ciptakan.. tengok la di bawah 👇👇👇. 


























Wednesday, December 18, 2019

BBM3410Satu2019: Video 8 One Shot Two Layer



Assalamualaikum dan Selamat Pagi kalian, ini merupakan video Two Layer daripada kumpulan Langgar Production dengan lagu Drama oleh Drama Band. Aku menjadi watak sampingan dalam video ini iaitu sebagai kawan kepada watak utama. Video ini mengisahkan tentang seorang perempuan dengan pelbagai ragam untuk memikat lelaki. Akan tetapi drama perempuan tersebut telah diketahui oleh teman lelakinya dan menjadi bahan bualan oleh rakan-rakannya yang lain. Setiap ahli memainkan peranan masing-masing dalam menyempurnakan tugasan video Two Layer ini, terutamanya watak utama dan penyanyi serta beberapa ahli yang terlibat sebagai watak sampingan. 


BBM3410Satu2019: Video 9 One Shot Three Layer




Assalamualaikum dan Selamat Pagi pengunjung Bloggerku. Hahaha. Kali ini aku akan menceritakan tentang pengalaman aku memegang watak sampingan dalam Video Third Layer. Aku sebagai rakan kepada watak utama iaitu Ustazah Fatimah. Kehadiran Ustazah Fatimah ini menjadi bualan para guru dan pelajar di sebuah sekolah. Nak tahu dengan mendalam, mehh la tekan link kat bawah ye kawan-kawanku.

Wednesday, December 11, 2019

BBM3410Satu2019: Screen Capture Instagram, Like dan Komen oleh Prof Dr. Normaliza dan Dr Alia Roslan



Assalamualaikum pengunjung bloggerku hahaha. Pada kali ini aku akan memuat naik gambar dalam instagram yang telah di like 💓 dan di komen 💬oleh Prof Dr Normaliza dan Dr Alia. Nak tau gambar apa yang di like dan di komen, lihat di bawah ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡