Assalamualaikum dan Selamat Petang,
Suatu ketika dahulu, saya dan adik beradik yang lain melancong ke
Melaka pada tahun 2018. Di Melaka, kami menziarah dan melihat tempat-tempat
menarik seperti Kota A Famosa, Taming Sari dan lain-lain. Perancangan ini
adalah dirancang pada saat-saat akhir bersama abang dan kakak saya. Kami dan
tiga orang adik beradik yang lain mengikuti lawatan ini. Ini merupakan kali
pertama kami dan tiga saudara saya yang lain pergi melancong di Melaka. Di
Melaka, kami menginap di rumah pak cik saudara saya yang bertempat di Durian
Tunggal. Selama 2 hari kami berada di Melaka dengan pelbagai tempat kami
lawati. In Sha Allah, jika ada kelapangan kami sekeluarga akan melancong ke
negeri lain pula ye...
Gambar ini merupakan gambar terakhir sebelum adik lelakiku membawa
diri selama enam bulan untuk latihan askar di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Melihat gambar ini, mengingatkan aku akan saat-saat terakhir kami meluangkan
masa bersama. Sejujurnya, aku dan saudaraku yang lain tersangat-sangat
merinduinya. Semoga adikku dapat menjalani latihan dengan lancar dan didoakan
agar dipermudahkan segala urusan beliau. ILY & YNWA.
Ini adalah kakakku yang paling ku sayang.. hehehee. Semua perkara
yang aku lakukan dikawal secara diam-diam oleh kakakku ini. Selalunya dua minggu
sekali aku balik ke PJ, namun waktu di saat ini tidak mengizinkanku untuk balik
ke sana. ILYSM.. THANK YOU FOR EVERYTHING
Seterusnya,
ini adalah aku bersama adikku yang kini melanjutkan pengajian di Universiti
Sains Islam Malaysia. Tanpa adikku, aku kebosanan. Ini kerana, adik akulah yang
menghiburkan dan pengubat kami sekeluarga. Rindu weii walaupun duduk kat
sinii.. In sha Allah, nanti free kita pergi Usim pulak nahh... Wajah kami
memang tidak sama kerana aku kacukan dengan cina manakala adikku kacukan
daripada arab. Sehingga orang luar tak percaya yang kami nii adik beradik.
ILYSM. GUD LUCK FOR YOUR STUDIES.
Kesimpulannya,
terlalu banyak gambar kerana setiap gambar ada ceritanya yang tersendiri.
Biarlah yang lain menjadi kenangan aku bersama saudaraku pada usia tua nanti.
Kalau panjang umur laaa.. Hahahha.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.