Setiap
pelajar mempunyai teknik belajar yang berbeza. Bagi saya, salah satu tips
belajar dengan mudah ialah dengan menggunakan peta minda. Dengan satu peta
minda, pelajar dapat melakukan pelbagai kaedah yang bersesuaian. Melalui peta
minda ini juga, pelajar dapat mencipta akronim bagi setiap ayat agar ia mudah
untuk diingati. Selain itu, pelajar juga dapat mengulang kembali
pelajaran-pelajaran yang lepas. Di samping itu juga, pelajar dapat meringkaskan
kembali isi-isi penting dalam bentuk point agar ia mudah difahami. Seterusnya,
para pelajar juga dapat berimaginasi dengan catatan yang telah ditulis dalam
peta minda. Akhir sekali, melalui peta minda juga pelajar dapat menukarkan
setiap perkataan atau ayat yang sukar untuk diingati dan difahami kepada
kata-kata yang ringkas.
Tips belajar yang kedua adalah
pelajar perlu menentukan matlamat yang ingin dicapai terlebih dahulu sebelum
memulakan pelajaran. Selain daripada itu, pelajar juga harus memberi fokus
terhadap subjek yang diulangkaji khususnya subjek-subjek yang sukar seperti
teori, statistik dan lain-lain. Seterusnya, belajar pada waktu pagi yang
diselangi dengan waktu rehat selama 20 minit setelah 30 minit pertama mengulangkaji.
Di samping itu, pelajar juga hendaklah mengikuti jadual yang telah ditetapkan
oleh pelajar itu sendiri. Justeru itu, sebelum memulakan pelajaran, fikiran
perlulah kosong dari sebarang masalah yang dapat mengganggu pelajaran.
Selanjutnya, pelajar juga disarankan untuk menggunakan pelbagai pen dan
highligter yang berwarna warni agar setiap nota atau sticky note kelihatan
menarik apabila dibaca atau dihafal.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.