Thursday, October 10, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa



Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) mendefinisikan blog adalah satu alat untuk  perbincangan bertulis sama ada secara formal atau tidak formal. Oleh itu, menulis blog dapat dijadikan medium komunikasi untuk para pelajar di mana mereka boleh berkongsi pengalaman, pandangan atau komen terhadap topik yang dibincangkan. Dengan itu, blog bermula dengan tiga ciri utama yang mengandungi pautan ke area dalam web, mempunyai komen pada pautan serta saling berkait (interaktif).

Blog dapat digunakan untuk keperluan peribadi atau diari selain digunakan untuk mempromosikan sesuatu produk. Di samping itu, blog juga merupakan lama web mesra pengguna untuk dikemaskini oleh pentadbirnya. Misalnya, blog salah satu rangkaian sosial untuk berinteraksi dengan penulis blog yang lain (Li & Chignell, 2010). Oleh hal itu, penulisan blog adalah aktiviti yang berguna kepada para pelajar khususnya pelajar universiti dalam meningkatkan keyakinan untuk menulis sebagai motivasi untuk mereka menulis dengan lebih kreatif. Dengan demikian, pelajar akan berasa selesa setiap penulisan yang dilakukan dalam blog. Pengguna blog juga dapat berkongsi pengalaman dengan yang lain melalui komen.

Terdapat 10 cara yang digunakan untuk menulis blog yang telah dikemukakan oleh Normaliza Abd Rahim (2014). Yang pertama tajuk yang dapat menarik perhatian para pembaca. setiap penulisan mempunyai tema tertentu. Ini kerana, tema memainkan peranan dalam menarik perhatian pembaca untuk membaca setiap perkara yang ingin dikongsikan oleh pentadbir blog. Cara yang kedua adalah menggunakan ayat yang berbentuk jenaka (humor). Hal demikian dapat memberi kesan kepada para pembaca agar penulisan yang dikongsi tidak membosankan. Di samping itu, cara ketiga adalah dengan mengaitkan setiap penulisan dengan isu-isu yang terkini. Setiap penulisan yang ingin dilontarkan haruslah diperkukuhkan dengan perkembangan yang berlaku. Sebagai contohnya, “Cuaca yang terlampau panas dapat memudaratkan para pelajar”. Cara keempat menulis blog adalah penggunaan kata dan ayat yang ringkas. Penggunaan setiap perkataan dan ayat yang pendek dapat membantu para pembaca memahami setiap penulisan yang ingin disampaikan. Penulisan blog yang kelima pula dapat dibaca dan difahami. Hal demikian kerana, penulisan yang baik memberi kesan kepada para pembaca blog agar memahami setiap penulisan yang dibangkitkan dalam media sosial, khususnya blog. 

Seterusnya, pentadbir blog dapat berkomunikasi dengan pembaca secara maya. Penulisan yang disampaikan bertujuan untuk penulis berinteraksi dengan pembaca blog dalam mendapatkan sebarang komen atau pendapat terhadap penulisan mereka. Tambahan itu juga, penulis blog disarankan untuk memasukkan nilai-nilai moral dan unsur estetika dalam penulisan mereka. Ini kerana, unsur estetika merupakan salah satu daripada ciri gaya kepengarangan bagi setiap penulis. Akhir sekali, setiap penulisan di dalam blog sama ada secara formal atau tidak formal perlulah berilmu kerana ia merupakan satu proses dalam membantu pembaca atau penulis mencurahkan idea selain meningkatkan daya motivasi pelajar untuk terus membaca dan menulis.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.