Thursday, October 10, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa



Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) mendefinisikan blog adalah satu alat untuk  perbincangan bertulis sama ada secara formal atau tidak formal. Oleh itu, menulis blog dapat dijadikan medium komunikasi untuk para pelajar di mana mereka boleh berkongsi pengalaman, pandangan atau komen terhadap topik yang dibincangkan. Dengan itu, blog bermula dengan tiga ciri utama yang mengandungi pautan ke area dalam web, mempunyai komen pada pautan serta saling berkait (interaktif).

Blog dapat digunakan untuk keperluan peribadi atau diari selain digunakan untuk mempromosikan sesuatu produk. Di samping itu, blog juga merupakan lama web mesra pengguna untuk dikemaskini oleh pentadbirnya. Misalnya, blog salah satu rangkaian sosial untuk berinteraksi dengan penulis blog yang lain (Li & Chignell, 2010). Oleh hal itu, penulisan blog adalah aktiviti yang berguna kepada para pelajar khususnya pelajar universiti dalam meningkatkan keyakinan untuk menulis sebagai motivasi untuk mereka menulis dengan lebih kreatif. Dengan demikian, pelajar akan berasa selesa setiap penulisan yang dilakukan dalam blog. Pengguna blog juga dapat berkongsi pengalaman dengan yang lain melalui komen.

Terdapat 10 cara yang digunakan untuk menulis blog yang telah dikemukakan oleh Normaliza Abd Rahim (2014). Yang pertama tajuk yang dapat menarik perhatian para pembaca. setiap penulisan mempunyai tema tertentu. Ini kerana, tema memainkan peranan dalam menarik perhatian pembaca untuk membaca setiap perkara yang ingin dikongsikan oleh pentadbir blog. Cara yang kedua adalah menggunakan ayat yang berbentuk jenaka (humor). Hal demikian dapat memberi kesan kepada para pembaca agar penulisan yang dikongsi tidak membosankan. Di samping itu, cara ketiga adalah dengan mengaitkan setiap penulisan dengan isu-isu yang terkini. Setiap penulisan yang ingin dilontarkan haruslah diperkukuhkan dengan perkembangan yang berlaku. Sebagai contohnya, “Cuaca yang terlampau panas dapat memudaratkan para pelajar”. Cara keempat menulis blog adalah penggunaan kata dan ayat yang ringkas. Penggunaan setiap perkataan dan ayat yang pendek dapat membantu para pembaca memahami setiap penulisan yang ingin disampaikan. Penulisan blog yang kelima pula dapat dibaca dan difahami. Hal demikian kerana, penulisan yang baik memberi kesan kepada para pembaca blog agar memahami setiap penulisan yang dibangkitkan dalam media sosial, khususnya blog. 

Seterusnya, pentadbir blog dapat berkomunikasi dengan pembaca secara maya. Penulisan yang disampaikan bertujuan untuk penulis berinteraksi dengan pembaca blog dalam mendapatkan sebarang komen atau pendapat terhadap penulisan mereka. Tambahan itu juga, penulis blog disarankan untuk memasukkan nilai-nilai moral dan unsur estetika dalam penulisan mereka. Ini kerana, unsur estetika merupakan salah satu daripada ciri gaya kepengarangan bagi setiap penulis. Akhir sekali, setiap penulisan di dalam blog sama ada secara formal atau tidak formal perlulah berilmu kerana ia merupakan satu proses dalam membantu pembaca atau penulis mencurahkan idea selain meningkatkan daya motivasi pelajar untuk terus membaca dan menulis.






Thursday, October 03, 2019

BBM3410Satu2019: Suatu Ketika



Assalamualaikum dan Selamat Petang,


Suatu ketika dahulu, saya dan adik beradik yang lain melancong ke Melaka pada tahun 2018. Di Melaka, kami menziarah dan melihat tempat-tempat menarik seperti Kota A Famosa, Taming Sari dan lain-lain. Perancangan ini adalah dirancang pada saat-saat akhir bersama abang dan kakak saya. Kami dan tiga orang adik beradik yang lain mengikuti lawatan ini. Ini merupakan kali pertama kami dan tiga saudara saya yang lain pergi melancong di Melaka. Di Melaka, kami menginap di rumah pak cik saudara saya yang bertempat di Durian Tunggal. Selama 2 hari kami berada di Melaka dengan pelbagai tempat kami lawati. In Sha Allah, jika ada kelapangan kami sekeluarga akan melancong ke negeri lain pula ye...


Gambar ini merupakan gambar terakhir sebelum adik lelakiku membawa diri selama enam bulan untuk latihan askar di Port Dickson, Negeri Sembilan. Melihat gambar ini, mengingatkan aku akan saat-saat terakhir kami meluangkan masa bersama. Sejujurnya, aku dan saudaraku yang lain tersangat-sangat merinduinya. Semoga adikku dapat menjalani latihan dengan lancar dan didoakan agar dipermudahkan segala urusan beliau. ILY & YNWA. 


Ini adalah kakakku yang paling ku sayang.. hehehee. Semua perkara yang aku lakukan dikawal secara diam-diam oleh kakakku ini. Selalunya dua minggu sekali aku balik ke PJ, namun waktu di saat ini tidak mengizinkanku untuk balik ke sana. ILYSM.. THANK YOU FOR EVERYTHING 


Seterusnya, ini adalah aku bersama adikku yang kini melanjutkan pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia. Tanpa adikku, aku kebosanan. Ini kerana, adik akulah yang menghiburkan dan pengubat kami sekeluarga. Rindu weii walaupun duduk kat sinii.. In sha Allah, nanti free kita pergi Usim pulak nahh... Wajah kami memang tidak sama kerana aku kacukan dengan cina manakala adikku kacukan daripada arab. Sehingga orang luar tak percaya yang kami nii adik beradik. ILYSM. GUD LUCK FOR YOUR STUDIES.

Kesimpulannya, terlalu banyak gambar kerana setiap gambar ada ceritanya yang tersendiri. Biarlah yang lain menjadi kenangan aku bersama saudaraku pada usia tua nanti. Kalau panjang umur laaa.. Hahahha. 



BBM3410Satu2019: Tips Belajar Dengan Mudah




               
Setiap pelajar mempunyai teknik belajar yang berbeza. Bagi saya, salah satu tips belajar dengan mudah ialah dengan menggunakan peta minda. Dengan satu peta minda, pelajar dapat melakukan pelbagai kaedah yang bersesuaian. Melalui peta minda ini juga, pelajar dapat mencipta akronim bagi setiap ayat agar ia mudah untuk diingati. Selain itu, pelajar juga dapat mengulang kembali pelajaran-pelajaran yang lepas. Di samping itu juga, pelajar dapat meringkaskan kembali isi-isi penting dalam bentuk point agar ia mudah difahami. Seterusnya, para pelajar juga dapat berimaginasi dengan catatan yang telah ditulis dalam peta minda. Akhir sekali, melalui peta minda juga pelajar dapat menukarkan setiap perkataan atau ayat yang sukar untuk diingati dan difahami kepada kata-kata yang ringkas.

                Tips belajar yang kedua adalah pelajar perlu menentukan matlamat yang ingin dicapai terlebih dahulu sebelum memulakan pelajaran. Selain daripada itu, pelajar juga harus memberi fokus terhadap subjek yang diulangkaji khususnya subjek-subjek yang sukar seperti teori, statistik dan lain-lain. Seterusnya, belajar pada waktu pagi yang diselangi dengan waktu rehat selama 20 minit setelah 30 minit pertama mengulangkaji. Di samping itu, pelajar juga hendaklah mengikuti jadual yang telah ditetapkan oleh pelajar itu sendiri. Justeru itu, sebelum memulakan pelajaran, fikiran perlulah kosong dari sebarang masalah yang dapat mengganggu pelajaran. Selanjutnya, pelajar juga disarankan untuk menggunakan pelbagai pen dan highligter yang berwarna warni agar setiap nota atau sticky note kelihatan menarik apabila dibaca atau dihafal.





Wednesday, October 02, 2019

BBM3410Satu2019: Birds Eye View



Bandaraya yang maju selalunya dipenuhi dengan bangunan-bangunan setinggi langit. 


Kesibukan jalan yang dipenuhi dengan kenderaan pada waktu petang.


Awam biru dapat mengubat segala yang menyinggah di fikiranku. Nak tenang, lihatlah awam. 

BBM3410Satu2019: Over The Shoulder




Mencari ketenangan jiwa di sebalik khutbah masjid.


Takkan hidu saja bebola tu? Amik gambar pun jadilah. 


Fokus sangat dengan latihan, orang belakang seru pun tak dengar. 

BBM3410Satu2019: Mug Shot



Setiap manusia mempunyai emosi yang pelbagai untuk diluahkan. Antaranya adalah:


Ketepikan segala masalah yang mengganggu fikiran. Bahagia milik semua. 


Marahkan siapa tuu? Hahaha


Sedih bila teringatlah benda yang lepas.

BBM3410Satu2019: Medium Shot




Berangan-anganlah setinggi-tinggi langit, kerana angan-angan tak perlu dibayar. 


Keindahan alam menghapuskan segala masalah yang bermain di fikiran. Tinggi orangnya tidak dapat mengalahkan tinggi pohon di belakang. 



Terpandang lukisan inii, teringat akan ulama-ulama terdahulu. Buatlah kebaikan di dunia agar bila tiada, nama sentiasa diingati. 


Pandang ke mana tuu? Banyak persoalan bermain di fikiran. 


Mempedulikan segala arahan, asalkan hati bahagia. 


Tersengih-sengih tersipu maluu. 

BBM3410Satu2019: Long Shot



Tiada bangunan yang tidak dikelilingi dengan keindahan alam semulajadi. Setiap ciptaan memberi seribu inspirasi kepada manusia. 


Setinggi-tinggi pepohon yang mengelilingi bangunan sekitar, tinggi lagi bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. 


Setinggi-tinggi bangunan ciptaan manusia, tidak dapat menembusi tingginya langit biru ciptaan Allah SWT. 


Semakin kita melangkah, semakin banyak onak dan duri yang dilalui. Begitu juga dengan jauh perjalanan luas pemandangan. 


Setiap perjalanan dikelilingi pepohon yang sentiasa memberi ketenangan kepada manusia. Oleh itu, perlukan ketenangan, lihatlah alam sekeliling. 


Jauh mengenag memikirkan masa yang berlalu dengan begitu pantas. Begitu juga dengan aku yang hanya tinggal beberapa minggu untuk menamatkan alam pengajian. 


Berlari-larian mengejar sesuatu yang sukar untuk diperolehi. Seperti mana burung-burung yang berterbangan di awam. 

BBM3410Satu2019: Closed Up



Assalamualaikum dan bertemu kembali kita dalam penulisan inii. Setiap gambar terselit sebuah cerita. Yang indah bukanlah diluar semata-mata, malah ada yang tersiratnya.


 Bahagia luaran, walaupun banyak benda tersirat yang terbuku. 


Jangan marah-marah, nanti tua tak sampai usia sebenar.


Jauh termenung memikirkan masa depan. Angan-angan kan free.


Bila tengok bebola nii, meleleh air liur. Manusia dengan makanan berpisah tiada. 


Hanya satu camera, tercipta segala kenangan.


Jadilah seperti bunga, semakin hari semakin bertambah yang dapat memenuhi alam sekeliling dengan keindahan semulajadi.