Tugasan 1: Buku Media Sosial
Menurut
Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2017)
“blog merupakan medium komunikasi untuk berkongsi pengalaman, pendapat dan
komen terhadap isu yang ingin dibangkitkan selain mengikuti perkembangan
terkini”.
Normaliza
Abd Rahim (2014) menyatakan terdapat 10 cara yang digunakan untuk mencipta blog.
Ia merangkumi:
- Tajuk yang menarik: Setiap penulisan mempunyai tema tertentu yang dapat menarik perhatian audiens untuk mendengar apa yang ingin dikongsikan. Pemilihan tajuk adalah penting sebelum membuat sesuatu penulisan agar ia tidak menjurus kepada topik yang tidak berkaitan.
- Cerita yang menarik: Setelah membuat pemilihan tajuk, latar cerita yang ingin dikongsikan perlulah berfokus kepada tema yang telah dipilih supaya cerita yang dikongsikan sesuai dengan tema yang dibuat.
- Masukkan ayat yang humor atau berbentuk jenaka: Penggunaan setiap ayat atau caption dalam penulisan akan memberi kesan kepada para audiens untuk meneruskan pembacaan yang seterusnya atau sebaliknya. Hal ini juga akan menyebabkan sesebuah penulisan yang dihasilkan membosankan atau tidak.
- Memastikan terdapat hujah yang terbaik: Penulisan yang bagus juga tidak ketinggalan untuk meletakkan hujah yang menarik dalam setiap penulisan. Perkara sedemkian akan membantu pelajar untuk meneruskan penulisan mereka dengan memasukkan hujah yang bersesuaian.
- Kaitkan penulisan dengan berita terkini: Setiap penulisan yang ingin dibangkitkan dalam media sosial perlu diikuti
dengan perkembangan berita yang terkini. Misalnya, pelajar boleh mengaitkan
penulisan mereka dengan isu “jerebu dan kesannya ke atas Mahasiswa dan
Mahasiswi Universiti Putra Malaysia”.
- Gunakan perkataan dan ayat yang ringkas: Penggunaan setiap perkataan dan ayat yang ringkas akan membantu pembaca memahami setiap penulisan yang ingin disampaikan. Hal ini kerana, setiap penulisan mempunyai maklumat yang ingin dikongsi yang bukan sekadar menulis semata-mata.
- Dapat dibaca dan difahami: Penulisan yang baik merupakan penulisan yang dapat memberi kesan kepada saudien setelah membaca dan memahami isu bagi setiap penulisan yang dibangkitkan dalam media sosial.
- Dapat berkomunikasi dengan pembaca: Setiap penulisan yang disampaikan bertujuan untuk penulis berkomunikasi dengan pembaca bagi mendapatkan sebarang pendapat atau komen terhadap penulisan mereka.
- Masuk moral dan nilai estetika: Penulis juga perlu meletakkan nilai estetika selain maklumat yang berinformatif dalam setiap penulisan mereka. Ini kerana nilai estetika dan moral merupakan salah satu ciri daripada gaya kepengarangan bagi setiap penulis.
- Berilmu untuk penulisan pendidikan: Penulisan juga adalah satu daripada proses untuk membantu pelajar mencurahkan
idea mereka selain meningkatkan daya motivasi pelajar untuk terus mencurahkan
idea di dalam media sosial.
SEMOGA BERJAYA KEPADA KALIAN...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.