Assalamualaikum saudara-saudaraku dan pengunjung yang sudi menyinggah di bloggerku. Hehehe. Nama diberi Nurul Afikah dan dilahirkan pada 26 April 1996 bertempat di Hospital Besar, Kota Bharu. Aku anak ketiga daripada enam orang adik beradik. Aku mempunyai seorang abang dan seorang kakak serta tiga orang adik beradik yang terdiri daripada dua orang perempuan dan seorang adik lelaki.
Saya memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan pada tahun 2003 sehingga tahun 2006. Selama empat tahun aku belajar di sana. Namun demikian, pada tahun 2007 sehingga tahun 2008, aku berpindah di sebuah Sekolah Kebangsaan Palekbang. Pada tahun 2006, aku dan ahli keluargaku yang lain diuji dengan kehilangan seorang ayah ditambah dengan kelahiran adik bongsuku pada tarikh 16 September 2005 dan ayahku meninggal setahun selepas kelahiran adik bongsuku. Kini, kami sekeluarga sangat merindui ayah. Dahulu, kehidupan kami sekeluarga amat naif. Namun demikian, kini alhamdulillah kehidupan kami sekeluarga semakin stabil dengan izin Allah swt atas rezeki yang dikurniakan kepada saudaraku yang lain.
Pada tahun 2009 sehingga tahun 2012, aku melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 4. Setelah empat tahun kemudian, aku pula berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat untuk melanjutkan pelajaran tingkatan 5 dan tingkatan 6. Selama tiga tahun aku belajar dan menuntut di SMK Tumpat. Setelah setahun kemudian, aku mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di Universiti Putra Malaysia, Serdang yang kini berada pada tahun akhir sebelum ke alam pekerjaan. Hanya Allah yang tahu betapa bahagianya aku dan keluargaku apabila mendapat tahu aku berjaya ke manara gading. Aku berharap agar segala usahaku dan apa yang diimpikan tercapai dengan izinnya. In Sha Allah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.